My Add

Monday 8 October 2012

300 ahli PKR Batu Arang isytihar sokong Barisan Nasional
 *SEBAHAGIAN penyokong PKR Cabang Batu Arang memegang sepanduk
 menyokong Barisan Nasional di Selayang, semalam.
SELAYANG, AHAD, 07 Oktober, 2012: Kira-kira 300 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Batu Arang mengumumkan secara terbuka akan menyokong Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti, ekoran kegagalan pemimpin parti itu menyelesaikan pelbagai masalah mereka.

Tindakan tersebut dibuat bagi menunjukkan kekecewaan mereka terhadap pimpinan parti itu yang gagal menunaikan pelbagai janji sebelum menang di Selangor pada pilihan raya umum lalu.

Wakil ahli PKR terlibat, David Yap Yoon Keong pula, sejak menjadi ahli PKR, tiada satu kebaikan pun telah dilakukan oleh pemimpin parti tersebut di kawasan Batu Arang.

''Saya dari dulu menyokong PKR tetapi sejak menang pilihan raya umum lalu, pemimpin parti seolah-olah lupa dengan tanggungjawab mereka," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment