My Add

Monday 8 October 2012

Bajet pembangkang timbulkan masalah kewangan negara

KOTA BHARU, AHAD, 07 Oktober, 2012: Bajet yang dibentangkan oleh pakatan pembangkang boleh menimbulkan masalah besar kepada kedudukan kewangan negara sekiranya ia dilaksanakan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (gambar) berkata, penelitian yang dilakukan mendapati bajet yang berkenaan sebenarnya mengalami defisit lebih besar, bukannya sebanyak 3.5 peratus sebagaimana yang didakwa.

Malah, kata beliau, sekiranya semua perbelanjaan yang pembangkang hendak berikan termasuk cadangan menaikkan bayaran tunai kepada negeri-negeri tertentu, kerajaan akan mengalami pengurangan hasil kutipan kira-kira RM27 bilion dan ini sudah tentu memberi kesan kepada kewangan kerajaan.

"Kalau diambil kira semua sekali, sebenarnya bukan 3.5 peratus defisit bajet mereka, sebenarnya sekitar lapan peratus. Ini sudah pasti menimbulkan banyak masalah dalam negara," tegasnya. - UTUSAN.

No comments:

Post a Comment