My Add

Tuesday 2 October 2012

3,000 lembu Thai dibawa masuk untuk Aidiladha

PADANG BESAR, SELASA, 02 Oktober, 2012: Sebanyak 3,000 ekor lembu dari Thailand dibawa masuk menerusi Padang Besar setakat ini, untuk menampung keperluan Aidiladha akhir bulan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Koperasi Perlis, Sabry Ahmad berkata, daripada jumlah itu, 1,200 ekor untuk kegunaan tempatan, manakala baki akan dihantar ke Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Johor.

Semua lembu berkenaan yang dibawa masuk empat pengimport di negeri ini, telah tiba dan dikuarantin selama 10 hari sebelum diagih kepada orang ramai, katanya kepada pemberita selepas meninjau pusat kuarantin di sini.

Beliau berkata langkah itu bagi memastikan haiwan berkenaan bebas penyakit terutama penyakit kuku dan mulut. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment