My Add

Tuesday 2 October 2012

Dipenjara 12 tahun, 25 sebatan kerana merompak

KUALA LUMPUR, SELASA, 02 Oktober, 2012: Seorang pemungut hutang dihukum 22 tahun penjara dan 25 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah merompak seorang pemilik salun dan adik lelakinya Mac lepas.

Hakim S.M.Komathy Suppiah membuat keputusan itu terhadap Syed Mohd. Nazrul Syed Zulkifli, 27, dari Setapak, selepas mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Komathy mengenakan hukuman penjara 10 tahun dan 10 sebatan bagi pertuduhan pertama dan penjara 12 tahun serta 15 sebatan bagi pertuduhan kedua, dan memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak mulai hari ini.

Oleh itu Syed Mohd. Nazrul akan menjalani hukuman 12 tahun penjara. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment