My Add

Sunday 14 October 2012

301 saman dikeluarkan dalam operasi cegah gejala rempit

KUALA TERENGGANU, SABTU, 13 Oktober, 2012: Seorang ibu dan anak perempuannya berusia 17 tahun antara beratus pesalah trafik yang ditahan dalam operasi mencegah mat rempit yang diadakan Unit Khas Pasukan Trafik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sekitar Padang Midin, dekat sini semalam.

Wanita berusia 36 tahun yang mendakwa kononnya mereka dalam perjalanan ke rumah keluarga angkatnya ditahan dalam operasi selama 14 jam di sekitar kawasan itu melibatkan seorang pegawai dengan 99 anggota polis manakala enam orang lagi daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Operasi kali ketiga yang diadakan di bandar raya Kuala Terengganu itu diadakan bermula 3 petang dan sebanyak 20 buah kereta dan 417 buah motosikal telah diperiksa dengan jumlah 301 saman trafik pelbagai kesalahan dikeluarkan.

Antara kesalahan dilakukan adalah menunggang tanpa lesen, cukai jalan tamat tempoh, mengubah suai ekzos dan enjin serta nombor plat motosikal yang tidak mengikut spesifikasi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment