My Add

Sunday 14 October 2012



Polis berkas pengedar dadah

*SEPASUKAN polis memeriksa kereta disyaki milik seorang pengedar dadah di 
Lebuh Raya Shah Alam dekat Subang Jaya, pagi semalam.

KUALA LUMPUR, SABTU, 13 Oktober, 2012: Pasukan polis terpaksa melepaskan lapan das tembakan sebelum dapat memberkas seorang lelaki yang dipercayai pengedar dadah berhampiran sebuah stesen minyak di Lebuh Raya Shah Alam (KESAS) menghala ke Subang Jaya, awal pagi ini.

Suspek berusia 20-an sebelum itu dikesan menetak seorang lelaki dengan parang sehingga parah di Taman Mawar dekat Kinrara semalam gara-gara perebutan kawasan pengedaran dadah.

Bertindak atas laporan diterima polis pada pukul 9 pagi semalam, sepasukan anggota mengesan suspek yang memandu sebuah kereta Proton Perdana V6 di Puchong, kira-kira pukul 2 pagi sebelum mengarahkan lelaki tersebut berhenti... - UTUSAN.

No comments:

Post a Comment