My Add

Tuesday 9 October 2012

324 orang dikurnia Darjah Kebesaran Persekutuan 2012
YANG di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan mengurniakan Darjah Panglima Gagah Berani (PGB) kepada Pegawai PDRM Bukit Aman, Deputi Superintendan Hisham Mahmood sebagai penerima tunggal darjah berkenaan. - BERNAMA
YANG di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan mengurniakan Darjah Ahli Mangku Negara kepada pelakon Zakaria Ahmad yang lebih dikenali sebagai A Galak pada Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Bintang-Bintang Dan Pingat Persekutuan Tahun 2012 di Istana Negara, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto BERNAMA
YANG di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan mengurniakan Darjah Panglima Setia Diraja yang membawa gelaran 'Datuk' kepada Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd, Datuk Adzmi Din pada Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Bintang-Bintang Dan Pingat Persekutuan Tahun 2012 di Istana Negara, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR, SELASA, 09 Oktober, 2012:, SELASA, 09 Oktober, 2012:: Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Suriyadi Halim Omar mendahului 324 penerima pingat pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang-bintang dan Pingat-pingat Persekutuan 2012 di Istana Negara di sini, hari ini.

Beliau dikurniakan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran 'Tan Sri' oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan legenda bola sepak negara Allahyarham Tan Sri Abdul Ghani Minhat, yang diwakili anaknya Nik Abdul Halim Abdul Ghani, juga dianugerahkan PSM.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Phesal Talib dan Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Datuk Ir Ahmad Husaini Sulaiman pula dikurniakan darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran 'Datuk' bersama-sama sembilan penerima lain.

Darjah Panglima Setia Diraja yang juga membawa gelaran 'Datuk' dikurniakan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd Datuk Adzmi Din dan Pegawai Kanan Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman Asisten Komisioner Polis Datuk Musa Mohd Safri.

Tuanku Abdul Halim juga mengurniakan darjah Johan Mangku Negara kepada 12 penerima, Johan Setia Mahkota (27 penerima), Johan Setia Diraja (2), Kesatia Mangku Negara (54), Kesatria Setia Diraja (8) dan Ahli Mangku Negara (85).
Seramai 111 penerima dikurniakan Pingat Pangkuan Negara manakala tiga orang dikurniakan Pingat Bentara Setia Diraja.

Pegawai PDRM Bukit Aman Deputi Superintendan Hisham Mahmood pula adalah penerima tunggal Darjah Panglima Gagah Berani. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment