My Add

Tuesday 16 October 2012

388 penyata kewangan terima Sijil Audit Tanpa Teguran

KUALA LUMPUR, ISNIN, 15 Oktober, 2012: Sebanyak 388 atau 85.1 peratus daripada 456 penyata kewangan kerajaan dan agensi kerajaan bagi tahun 2011 yang diaudit Jabatan Audit Negara diberikan Sijil Audit Tanpa Teguran.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang berkata, daripada keseluruhan penyata kewangan yang disemak itu juga sebanyak 25 (5.5 peratus) diberikan Sijil Audit Berteguran kerana terdapat beberapa piawaian perakaunan yang tidak dipatuhi sepenuhnya.

Menurut beliau, bakinya iaitu sebanyak 43 (9.4 peratus) penyata kewangan pula masih dalam proses pengauditan.

“Sebanyak 241 pengauditan prestasi telah dilaksanakan di peringkat Persekutuan dan negeri pada 2011," katanya dalam kenyataan berhubung Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2011 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Ambrin, pengauditan dilaksanakan merangkumi bidang pembinaan, penyenggaraan, penguatkuasaan undang-undang, perolehan dan pengurusan aset. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment