My Add

Tuesday 16 October 2012

Tahap prestasi lebih baik pada 2011

KUALA LUMPUR, ISNIN, 15 Oktober, 2012; Tahap prestasi pengurusan kewangan agensi bagi 2011 adalah lebih baik dengan 111 atau 31.4 peratus kementerian, jabatan dan agensi mendapat penarafan sangat baik iaitu empat bintang berbanding 77 (21.6 peratus) pada 2010 dan 48 (12 peratus) pada 2009.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2011 yang diedarkan hari ini, bagi penarafan baik iaitu tiga bintang, penerimanya meningkat daripada 60 kementerian dan agensi pada 2010 kepada 67 pada 2011.

"Pencapaian yang baik ini menunjukkan pelaksanaan Indeks Akauntabiliti (IA) telah memberi dorongan kepada Pegawai Pengawal untuk mengambil tindakan penambahbaikan terhadap pengurusan kewangan," menurut laporan berkenaan.Setakat 15 Oktober 2012, sebanyak 457 penyata kewangan kerajaan Persekutuan, kerajaan-kerajaan negeri, badan berkanun Persekutuan dan negeri, pihak berkuasa tempatan dan majlis agama Islam perlu diaudit dan 413 telah disahkan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment