My Add

Friday 19 October 2012

4 lelaki warga Pakistan didakwa culik rakan senegara

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 19 Oktober, 2012:: Empat lelaki warga Pakistan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menculik rakan senegara bagi menuntut wang tebusan sebanyak RM470,000 pada Ogos lalu.

Abdul Qayyum Mohamood Tariq, Shauket Ali Muhammad Yar, Muhammad Yar Ghulam Habib dan Muhammad Irfan Muhammad Rais, kesemuanya bekerja sebagai buruh binaan, hanya mengangguk ketika pertuduhan terhadap mereka dibacakan dalam Bahasa Urdu dengan bantuan jurubahasa di depan Majistret Nor Azura Murah. 

Tiada pengakuan direkodkan dan mahkamah menetapkan 19 Disember untuk sebutan kes.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Muhammad Qadeer Muneer, 31, di rumah teres TMC, Jalan Tempines, Bangsar pada 9.45 pagi, 29 Ogos lalu mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Zulkifli Osman manakala kesemua tertuduh diwakili peguam A Saravanan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment