My Add

Friday 19 October 2012

Semua 5 mangsa runtuhan banglo stabil

SHAH ALAM, JUMAAT, 19 O: Semua lima mangsa yang cedera ditimpa runtuhan konkrit sebuah SEBUAH banglo yang sedang diubah suai di Seksyen 7, di sini, petang semalam, kini dilaporkan stabil, termasuk seorang mangsa yang putus kaki kanan.

Mangsa kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.
Polis mengesahkan mangsa sebenar kejadian runtuhan bumbung konkrit hanya membabitkan enam pekerja binaan warga Indonesia, dengan seorang daripadanya maut.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob dipetik sebagai berkata pada mulanya, pihaknya mendapat maklumat terdapat lapan pekerja terperangkap dalam kejadian itu tetapi kemudian dimaklumkan rakan sekerja mereka dikenali sebagai Supardi bahawa hanya enam mangsa yang terlibat. - BH

No comments:

Post a Comment