My Add

Wednesday 3 October 2012

40 maut serangan bom di Aleppo, Syria

BEIRUT, RABU, 03 Oktober, 2012:: Sekurang-kurangnya 40 terbunuh manakala 90 cedera yang kebanyakannya askar apabila tiga bom kereta meletup di bandar Aleppo hari ini.

“Sumber pihak perubatan berkata sekurang-kurangnya 40 orang maut manakala 90 lagi cedera," kata Badan Pemerhati Hak Asasi Syria. 

Sementara itu, saluran televisyen rasmi Al-Ikhbariya melaporkan 31 orang maut manakala berpuluh lagi cedera dalam serangan berani mati itu.

“Angka itu dijangka bertambah lagi kerana ramai mangsa yang parah," kata seorang pegawai kerajaan di bandar itu.

Tiga bom yang meletup hampir serentak itu terletak di Dataran Saadallah al-Jabiri yang berdekatan dengan sebuah kelab pegawai tentera dan sebuah hotel.

Dua daripada bom berkenaan meletuo berdekatan kelab berkenaan selang seminit.

Letupan ketiha kira-kira 150 meter dari kawasan letupan pertama yang terletak di Daerah Bab Jnein yang menjadi pintu masuk ke bandar lama Aleppo. - AFP

No comments:

Post a Comment