My Add

Saturday 27 October 2012

41 maut dalam serangan nekad

 *SEBAHAGIAN daripada 41 mayat mangsa serangan berani mati kelihatan
bergelimpangan dalam tragedi hari pertama Aidiladha di sebuah masjid dalam
 wilayah Faryab, utara Afghanistan, semalam. - REUTERS

MAZAR-E-SHARIF, JUMAAT, 26 Oktober, 2012: Sekurang-kurangnya 41 orang maut apabila seorang pengebom berani mati meletupkan diri di sebuah masjid ketika solat Aidiladha di Afghanistan hari ini.

Jurucakap polis di utara Afghanistan, Lal Mohammad Ahmadzai berkata, serangan tersebut berlaku di Maimana, ibu negeri wilayah Faryab pada hari pertama sambutan Aidiladha.

Beliau berkata, separuh daripada mangsa yang terbunuh merupakan anggota polis.

''Ia kelihatan menyasarkan serangan kepada anggota dan pegawai pasukan keselamatan,'' katanya.

Timbalan Gabenor Wilayah Faryab, Abdul Satar Barez berkata, penyerang berani mati itu memakai pakaian seragam polis apabila meletupkan dirinya di Masjid Eid Gah.

''Ketua Polis Faryab, Abdul Khaliq Aqsai merupakan antara mangsa yang cedera,'' katanya.

Kebanyakan pegawai kerajaan wilayah bersolat Aidiladha di masjid tersebut.

Keganasan semakin meningkat sejak perang bermula 11 tahun lalu, menimbulkan kebimbangan yang pasukan keselamatan menjadi sasaran kumpulan pengganas Taliban. - Reuters/AFP

No comments:

Post a Comment