My Add

Friday 12 October 2012

412 terima anugerah pada penutup Konvokesyen UPNM

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 12 Oktober, 2012: Seramai 412 graduan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menerima ijazah sarjana dan sarjana muda pada hari terakhir konvokesyen kali ketiga universiti itu, hari ini.

Daripada jumlah itu, seramai 298 terdiri daripada pegawai kadet, 112 graduan awam dan dua graduan program Sarjana.

Upacara penganugerahan disempurnakan oleh Pro Canselor UPNM, Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim.

Baginda juga berkenan mengurniakan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Sumber Manusia Pertahanan) kepada Jen (B) Tan Sri Dr. Hashim Mohd. Ali dan Ijazah Kehormat Sarjana (Pengajian Strategik) kepada Mejar Jen. (B) Abdullah Babu.

UPNM turut memberi penghargaan kepada graduan menerusi Anugerah Pelajaran Diraja, Anugerah Pingat Emas Canselor, Anugerah Pingat Emas Naib Canselor, Anugerah Pingat Emas Lembaga Pengarah Universiti (Kepimpinan) dan Anugerah Hadiah Buku DRB-Hicom. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment