My Add

Friday 12 October 2012

Orang ramai dipelawa sertai Mr. Gym 1Malaysia

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 12 Oktober, 2012: Penggiat sukan bina badan dipelawa menyertai pertandingan Mr Gym 1Malaysia yang akan diadakan di The Summit, USJ, mulai esok.

Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Fazulia Zulkifli berkata pertandingan yang diadakan sempena Karnival Kecergasan Kebangsaan 2012 itu melibatkan tiga kategori.

Kategorinya ialah senior 65 kg ke bawah, 65 kg hingga 75 kg dan 75 kg ke atas selain kategori remaja dan bakat baru, katanya ketika dihubungi Bernama.

Pemenang setiap kategori akan menerima wang tunai antara RM1,000 hingga RM300, trofi dan sijil penyertaan selain pemenang kategori senior berpeluang bersaing dalam kategori Juara Antara Juara.

Selain pertandingan bina badan, karnival yang berakhir Ahad ini juga melibatkan lima acara lain iaitu senamrobik, fit ball, hip hop, step aerobik dan lompat tali.

Lebih 450 orang penggiat kecergasan akan bersaing bagi merebut hadiah wang tunai yang keseluruhan berjumlah RM40,000. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment