My Add

Friday 19 October 2012

4,600 manuskrip tulisan Jawi termasuk berusia 400 tahun belum diteroka

 *RASLIN Abu Bakar (dua dari kanan) melawat gerai pameran selepas
merasmikan Karnival Semarak Jawi Kebangsaan 2012 di Kuala
Terengganu, semalam.
KUALA TERENGGANU, KHAMIS, 18 Oktober, 2012: Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menyimpan kira-kira 4,600 manuskrip tulisan Jawi dalam pelbagai bidang termasuk yang berusia 400 tahun yang masih belum dikaji dan diterjemahkan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Raslin Abu Bakar berkata, manuskrip itu jika dapat direkodkan semula dalam tulisan rumi membolehkan lebih banyak ilmu dalam beberapa bidang seperti perubatan dan perniagaan yang diamalkan masyarakat Melayu silam dapat dibongkar.

"Kebanyakan maklumat dalam manuskrip berkenaan ditulis dalam tulisan Jawi lama dan sukar diterjemah kerana menggunakan ejaan lama serta memerlukan mereka yang benar-benar mahir untuk memahaminya," katanya. - UTUSAN
 

No comments:

Post a Comment