My Add

Friday 19 October 2012

Senjata berbahaya dijual dalam Facebook

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 18 Oktober, 2012: Seorang individu dipercayai lelaki tempatan dikesan menggunakan laman sosial Facebook untuk menjalankan perniagaan menjual pelbagai jenis senjata berbahaya seperti pisau, parang dan pedang samurai.

Meskipun orang ramai tidak dilarang untuk membeli atau menyimpan senjata seperti pisau dan pedang asalkan tidak membawanya di tempat awam, penjualan senjata itu secara terbuka di laman sosial boleh disalahgunakan untuk kegiatan jenayah.

Perkara itu ada kebenarannya kerana sumber polis memberitahu, majoriti kumpulan kongsi gelap yang terlibat dalam pergaduhan menggunakan senjata seperti pedang, pisau dan parang untuk bertempur.

"Parang, pisau dan pedang samurai adalah senjata utama digunakan kumpulan kongsi gelap atau samseng dalam pergaduhan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment