My Add

Saturday 6 October 2012

500 anggota keselamatan jayakan program gotong-royong di Melaka

MELAKA, SABTU, 6 Oktober, 2012: Lebih 500 anggota keselamatan daripada pelbagai agensi kerajaan terlibat dalam program gotong-royong Strategi Lautan Biru di Bukit Rambai di sini hari ini.

Program yang diadakan di kawasan perumahan Taman Datin Fatimah itu merupakan inisiatif bagi mengeratkan hubungan antara anggota keselamatan dan masyarakat setempat.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pendaftaran dan Imigresen), Kementerian Dalam Negeri, Datuk Wan Ali Besar berkata, inisiatif itu merupakan kaedah yang pantas bagi anggota keselamatan memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat.

"Selain menekankan imej kejiranan, program ini dapat didefinisikan sebagai menitikberatkan persekitaran yang kondusif, menarik serta prihatin terhadap kehidupan," katanya ketika berucap dalam program tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment