My Add

Saturday 6 October 2012

Mohd. Khamil Jamil dilantik Pro-Canselor UMP pertama

PAHANG, Sabtu, 06 Oktober, 2012: Majlis Konvokesyen Ke-7 Universiti Malaysia Pahang (UMP) pada 13 dan 14 Oktober ini bakal mencatat sejarah apabila Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Datuk Mohd. Khamil Jamil akan dilantik sebagai Pro- Canselor universiti itu yang pertama.

Pada majlis itu juga, seramai 2,072 graduan UMP bakal menerima ijazah dan diploma masing-masing dalam majlis yang akan berlangsung di Kompleks Sukan UMP di Gambang.

Majlis konvokesyen yang berlangsung dalam tiga sesi itu melibatkan seramai 18 lulusan Doktor Falsafah, 46 graduan Ijazah Sarjana, 1346 graduan Ijazah Sarjana Muda dan 662 graduan Diploma yang merupakan catatan tertinggi bilangan graduan sejak penubuhan UMP pada 10 tahun yang lalu.

Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata, sesi pertama konvokesyen melibatkan graduan Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (56), Fakulti Teknologi (141), Fakulti Sains & Teknologi Industri (57) dan Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli (304).

“Canselor UMP, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah akan mencemar duli mengurniakan ijazah kepada graduan pada sesi pertama konvokesyen itu." ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment