My Add

Friday 5 October 2012

500 pasar tani di kawasan masjid

BUKIT MERTAJAM, KHAMIS, 04 Oktober, 2012: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan pembukaan sebanyak 500 pasar tani di kawasan masjid di seluruh negara dalam tempoh dua tahun.

Pengerusinya, Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata, langkah itu bertujuan membantu usahawan tani selain mengimarahkan masjid.

Beliau berkata, Jawatankuasa Kariah Masjid boleh mengemukakan permohonan kepada FAMA sekiranya berminat membuka pasar tani itu serta mempunyai tanah lapang di kawasan masjid.

Kata Badruddin, pihaknya akan mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Agama Islam negeri-negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi tujuan berkenaan.

"Jawatankuasa Kariah Masjid boleh menguruskan pasar tani dengan memastikan kawasan masjid bersih.

"Setakat ini, beberapa masjid sudah menyatakan persetujuan membuka pasar tani itu termasuk Masjid Ayer Itam, Pulau Pinang yang dijangka beroperasi Disember ini," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment