My Add

Saturday 13 October 2012

Agenda transformasi negara perlu sokongan padu semua pihak: PM

KUALA LUMPUR, SABTU, 13 Oktober, 2012: Datuk Seri Najib Razak berkata agenda transformasi negara, termasuk matlamat untuk mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020, memerlukan sokongan padu semua pihak.

"Kita perlu sokongan padu untuk dapat mandat yang kuat kerana kita ada agenda yang cukup indah untuk negara ini, ini bukan mimpi-mimpi yang tidak berpijak pada bumi yang nyata," kata Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) semasa merasmikan Persidangan Perwakilan Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) ke-36 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Beliau berkata untuk itu, Kimma yang merupakan rakan akrab dan setia BN sejak kongres itu ditubuhkan 36 tahun lepas perlu terus memberi sokongan padunya kepada kerajaan BN.

Najib, yang juga Presiden Umno berkata, kesetiaan Kimma kepada kerajaan tidak dapat dinafikan, malah "Kimma akan terus merupaka satu tenaga yang kuat dalam landskap politik tanah air ini."

" Kimma akan terus merupakan rakan setia, rakan komited kepada BN," katanya mengenai ahli gabungan Umno sejak Ogos, 2010.

Najib juga turut memuji pencapaian masyarakat India Muslim dalam mengendalikan lebih 120 jenis perniagaan, terutama dalam bidang pertukaran wang asing dan restoran. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment