My Add

Saturday 13 October 2012

AS setuju hantar lebih ramai guru Bahasa Inggeris: Muhyiddin

JOHOR BAHRU, SABTU, 13 Oktober, 2012:: Malaysia akan menerima lebih ramai guru-guru Bahasa Inggeris dari Amerika Syarikat pada tahun depan, selaras dengan usaha Pelan Transformasi Pendidikan Nasional yang mahu meningkatkan tahap penguasaan bahasa itu di kalangan murid.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata 25 guru Bahasa Inggeris daripada Amerika Syarikat akan berkhidmat di Malaysia tahun depan, penambahan daripada sejumlah 50 guru tahun ini.

"Dua puluh lima lagi guru Bahasa Inggeris dari Amerika Syarikat akan membantu murid-murid kita tahun depan. Kita sememangnya mahukan lebih ramai (guru Bahasa Inggeris dari Amerika Syarikat), tetapi mereka hanya mampu menghantar setakat itu," katanya di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan Guru Muda 1 Malaysia di Pusat Kokurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Johor, di sini.

Muhyiddin berkata, kajian kementerian menunjukkan penggunaan guru-guru Bahasa Inggeris dari Amerika Syarikat itu berjaya meningkatkan tahap penguasaan bahasa itu di kalangan murid. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment