My Add

Tuesday 2 October 2012

Agung, Permaisuri lawat menara Skytree Tokyo


*YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah berkenan melihat replika menara tertinggi di dunia itu ketika mengadakan lawatan ke kedai cenderahati Tokyo Skytree Tower di Tokyo, hari ini. Tuanku Abdul Halim dalam rangka lawatan negara lima hari ke Jepun dari 1 hingga 5 Oktober. - Foto BERNAMA

TOKYO, SELASA 02 Oktober, 2012.: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah, yang dalam rangka lawatan lima hari ke negara matahari terbit itu, melawat Menara Skytree Tokyo, Selasa.

Ketibaan baginda berdua disambut oleh Presiden Tobu Tower Skytree Co Ltd, Michiaki Suzuki.
Seri Paduka berdua menaiki lif berkelajuan tinggi (600 meter sesaat) untuk ke dek pemerhatian di tingkat 350 bangunan berbentuk jarum itu.

Dek pemerhatian atau dek Tembo, menawarkan pemandangan menarik 360 darjah panorama bandar Tokyo.

Baginda berdua kemudian menaiki lif kedua untuk ke Galeri Tembo setinggi 450 meter.

Digelar sebagai 'skywalk tertinggi di dunia', Galeri Tembo terdiri daripada jalan lingkaran landai yang semakin meninggi apabila berpusing mengelilingi menara itu.

Tokyo Skytree atau Tokyo Sukaitsuri, yang berfungsi sebagai menara penyiaran untuk televisyen dan radio serta menjadi tarikan pelancong, diiktiraf oleh Guiness Book of Records sebagai menara paling tinggi di dunia, dengan ketinggian 634 meter.

Dibuka pada 22 Mei 2012, ia menggantikan Menara Tokyo setinggi 333 meter, yang menjadi mercu tanda ibu negara Jepun sejak 1958, sebagai hab penyiaran.

Dikendalikan oleh Tobu Tower Skytree Co Ltd, menara itu dilengkapi dengan pengkalisan gempa bumi, termasuk syaf tengah yang diperbuat daripada konkrit yang diperkuat.

Kemudahan lain yang terdapat di sini ialah kedai, restoran, kampus universiti dan akuarium. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment