My Add

Friday 5 October 2012

Ahli perniagaan wanita rugi RM30,000

KUANTAN, JUMAAT, 05 Oktober, 2012: Seorang wanita yang ingin bertemu seorang rakan atas urusan perniagaan di depan sebuah sekolah di sini, kerugian RM30,000 selepas wang tunai yang diletak di kerusi penumpang depan keretanya dilarikan seorang peragut bermotosikal.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Superintenden Abdul Aziz Ahmad berkata mangsa, 20-an, seorang ahli perniagaan sebelum itu mengeluarkan wang tunai berkenaan di sebuah bank di Jalan Beserah.

"Mangsa kemudian memandu ke Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Pei Chai dekat sini untuk bertemu rakannya itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ketika menunggu rakannya di dalam kereta, mangsa dihampiri seorang suspek yang bertindak memecahkan cermin di bahagian penumpang depan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment