My Add

Saturday 6 October 2012

Air Empangan Sungai Selangor susut


Oleh MD. AZRIN ROSLY
HULU SELANGOR, JUMAAT,, 05 Oktober, 2012: Operasi Loji Rawatan Air Rasa dan Bukit Badong di sini dikhuatiri terjejas ekoran penyusutan paras air di Empangan Sungai Selangor yang turut membekalkan air mentah ke loji berkenaan sejak Mei lalu.

Kedua-dua loji berkenaan membekalkan sebanyak 60 peratus air yang telah diproses bagi keperluan penduduk Lembah Klang iaitu Shah Alam, Klang, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur serta 40 peratus kepada penduduk di kawasan Rawang.

Dibimbangi, pengurangan air di empangan itu akan menjadi petanda awal berlakunya krisis air di Selangor dengan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dilihat sebagai jalan penyelesaiannya.

Tinjauan Utusan Malaysia hari ini mendapati empangan tersebut yang dikatakan mampu menakung kapasiti air sebanyak 235 juta meter kini menyusut kira-kira 40 peratus.

No comments:

Post a Comment