My Add

Thursday 4 October 2012

Anak syarikat Selangor dapat RM10
 *CHUA Tee Yong (dua dari kiri) menunjukkan salah satu dokumen bukti mengenai skandal pengambilalihan hutang Talam Corporation Bhd., di Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, semalam.
Oleh MUZDALIFAH MUSTAPHA
KUALA LUMPUR. RABU, 03 Oktober, 2012: Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong hari ini mendakwa dua anak syarikat milik kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor masing-masing hanya menerima RM10 sebagai bayaran hutang daripada Talam Corporation Berhad (Talam) berbanding jumlah keseluruhan RM478 juta.

Sedangkan Talam telah memperoleh lebih RM676 juta hasil pembelian aset pada nilaian tinggi daripada kerajaan negeri sehingga membolehkan syarikat tersebut terkeluar daripada berstatus PN17 iaitu syarikat yang mempunyai masalah kewangan.

Menurutnya, dua anak syarikat yang dimaksudkan ialah Universiti Selangor (Unisel) dan Permodalan Negeri Selangor Bhd. (PNSB), yang kedua-keduanya kini telah menjadi beban kepada kerajaan negeri, sementara Talam pula dapat membuat penjimatan. - UTUSAN
 

No comments:

Post a Comment