My Add

Thursday 4 October 2012

Sivarasa, Cynthia Gabriel hadir beri keterangan di ROS

PUTRAJAYA, RABU, 03 Oktober, 2012: Dua individu penting Suara Rakyat Malaysia (Suaram), R. Sivarasa dan Cynthia Gabriel hari ini hadir bagi memberi keterangan di pejabat Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) di sini.

Cynthia bersama peguamnya dilihat hadir pada pukul 3.30 petang manakala Sivarasa tiba 45 minit selepas itu. Mereka berada di Bahagian Penguatkuasaan ROS hampir satu jam.

Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan kehadiran dua individu terbabit ke pejabat ROS.

Abdul Rahman berkata, kedatangan mereka bersama peguam masing-masing adalah maklum balas daripada notis dikeluarkan ROS bertujuan merekodkan keterangan melibatkan Suaram.

"Keterangan mereka akan direkodkan dan jika terbukti Suaram melanggar undang-undang yang ditetapkan, ROS tidak teragak-agak untuk membawa bukti yang ada kepada Peguam Negara untuk proses pendakwaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment