My Add

Thursday 18 October 2012

Anggota polis cemas 'diculik'

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
 LEDANG, RABU, 17 Oktober, 2012: Kurang 24 jam selepas seorang anggota polis dirempuh penjenayah di ibu negara semalam, seorang lagi anggota pasukan itu berdepan detik cemas apabila 'diculik' dua penjenayah di Serom dekat sini petang semalam.

Dalam kejadian pukul 7 petang itu, mangsa, Koperal Kamarullah Hawari, 40-an, dibawa menaiki kereta suspek sejauh satu kilometer sebelum ditinggalkan di satu lokasi.

Semasa dilarikan dengan menaiki kereta suspek, Kamarullah turut cuba ditikam dengan pisau namun sempat mengelak.

Kejadian berlaku selepas Kamarullah yang bertugas di Pondok Bit Serom menerima maklumat berhubung dua suspek berusia 20-an yang menaiki sebuah kereta Proton Waja di sebuah stesen minyak.

Ketua Polis Daerah Ledang, Supritendan Harun Idris berkata, semasa sampai di lokasi itu, seorang suspek berada dalam kereta sementara seorang lagi berada di luar dan sedang mengisi angin tayar. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment