My Add

Thursday 18 October 2012

Saya sanggup berkorban demi negara - Rozaili

 *ROZAILI Hamid (dua dari kanan) dan Suffian Abu Bakar (kanan) serta 
Angelina Sinyang melihat muka depan Utusan Malaysia yang 
memaparkan kisah beliau dirempuh di Taman Bukit Permai, Hulu 
Langat,Selangor, semalam.
HULU LANGAT, RABU, 17 Oktober, 2012: Anggota polis yang cedera dirempuh kereta penjenayah di Lebuh Raya Cheras-Kajang semalam bertekad untuk terus berbakti kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebaik sahaja pulih daripada kecederaannya nanti.

Lans Koperal Rozaili Ab. Hamid, 28, berkata, meskipun dia kini terpaksa berehat di rumah setelah mengalami kecederaan di kepala, dahi dan tangan serta patah bahu kiri, insiden yang menimpanya semalam tidak mematahkan semangatnya untuk berkhidmat kepada negara.

"Saya sanggup berkorban demi negara. Saya tahu tugas sebagai polis berisiko tinggi namun saya akan jadikan insiden semalam sebagai pencetus semangat untuk saya terus berbakti kepada PDRM. - UTUSAN
 

No comments:

Post a Comment