My Add

Thursday 4 October 2012

Anwar perlu buktikan tidak dilantik secara ihsan - Fakhrul Azman

KUALA LUMPUR, RABU, 03 Oktober, 2012: Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim melengah-lengahkan pengumuman berkenaan Kabinet bayangan pakatan pembangkang membuktikan impiannya itu sebagai angan-angan kosong.

Pengerusi Biro Antarabangsa Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia, Fakhrul Azman Abu Bakar berkata, Ketua Pembangkang itu akan tetap berdolak-dalih dalam isu terbabit kerana secara jelas hanya beliau yang mengimpikan menawan Putrajaya.

"Hanya beliau yang beria-ia mahu menawan Putrajaya sehingga sanggup menabur janji palsu, tetapi beliau mendiamkan diri apabila didesak membuat pengumuman berhubung janjinya itu.

"DAP kini dilihat hanya fokus untuk mempertahankan Pulau Pinang manakala Pas pula fokus kepada Kelantan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment