My Add

Thursday 4 October 2012

Pakatan pembangkang perlu hentikan sandiwara politik

KUALA LUMPUR, RABU, 03 Oktober, 2012: Pakatan pembangkang PKR, Pas dan DAP yang bercita-cita mahu membentuk kerajaan pusat pada pilihan raya umum akan datang dicabar membuat pengakuan terbuka berhubung Kabinet bayangan mereka.

Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd. Zin Mohamad berkata, pakatan itu perlu menghentikan permainan politik 'syok sendiri' dan 'retorik' yang lebih bersifat sandiwara politik.

''Pemimpin pakatan perlu berani membuat pengakuan terbuka berhubung Kabinet bayangan sekiranya mereka mahu menilai persepsi politik dari sudut pemikiran masyarakat umum,'' katanya.

Beliau membidas sikap tidak 'praktikal' pemimpin pakatan yang cuba mengelak untuk menjawab pertanyaan suara rakyat sebaliknya wujud pelbagai perbezaan pandangan dalam kalangan pemimpin mereka sendiri dalam isu tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment