My Add

Saturday 27 October 2012

Anzhi tawar Rooney gaji termahal dunia?

*ANZHI Makhachkala sedia menawarkan gaji tinggi kepada Wayne Rooney jika bintang Manchester United itu bersedia berhijrah ke kelab Rusia tersebut.

LONDON, JUMAAT, 26 Oktober, 2012: Kelab kaya raya, Anzhi Makhachkala dari Rusia merancang bidaan mengejut untuk mendapatkan Wayne Rooney dan menjadikan bintang Manchester United dan England itu sebagai pemain bergaji termahal di dunia.

Anzhi mahu menambah bisa di bahagian serangannya dengan menggabungkan Rooney ,27, dengan penyerang Cameroon, Samuel Eto'o yang kini merupakan penerima gaji tertinggi kelab itu dengan 350,000 pound (RM1.72 juta) seminggu.

Namun, sebarang tawaran untuk Rooney sudah tentu membayangi apa yang dinikmati bekas penggempur Barcelona itu.

Ditanya mengenai kemungkinan Anzhi membeli Rooney, pengarah pasukan, Roberto Carlos berkata: "Kenapa tidak? Dia adalah antara pemain terbaik dunia dan mana-mana pasukan akan gembira untuk memiliki pemain sehebatnya dalam skuad mereka. Dia masih begitu muda.

"Sudah tentu saya tidak dapat nyatakan ia akan berlaku dan bila. Bukan Anzhi sahaja berhasrat mendapatkannya, banyak lagi pasukan di Itali dan Sepanyol berminat, malah seluruh dunia, mahukan pemain seperti Rooney."

Anzhi, yang kini dibimbing bekas bos Chelsea, Guus Hiddink, menerajui kedudukan carta Liga Perdana Rusia.

Anzhi dibiayai bilionair Suleyman Kerimov, yang memiliki anggara kekayaan bernilai 4 bilion pound (RM20 bilion), telah berbelanja besar sejak mengambil alih kelab itu pada Januari 2011.

Selain Eto'o, nama-nama besar lain yang dibeli termasuk Christopher Samba, Lassana Diarra dan Yuri Zhirkov.

Legenda bek kiri Brazil, Carlos menambah: "Jika pemilik ada hajat untuk membeli seseorang pemain, dia akan cuba sedaya upaya." - AGENSI
 

No comments:

Post a Comment