My Add

Monday 15 October 2012

Apa sudah jadi istilah 'kebajikan' PKR Selangor?

KUALA LUMPUR,  AHAD, 12 Oktober, 2012:
DALAM satu laporan akhbar 2 Oktober lalu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan kerajaan negeri tidak akan melayan desakan daripada 350 pembeli rumah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang menuntut anak syarikat kerajaan negeri itu mengambil alih hutang perumahan mereka.

Sebaliknya, Abdul Khalid menjelaskan, golongan miskin tidak berkemampuan sepatutnya memohon bantuan zakat dan bukannya mendesak supaya hutang mereka diambil alih oleh PKNS.

Kenyataan itu menarik perhatian pelbagai pihak kerana Abdul Khalid seolah-olah cuba lepas tangan daripada isu sebenar yang dihadapi golongan pembeli rumah PKNS - yang majoritinya daripada golongan berpendapatan rendah dan miskin.

Sebagai sebuah kerajaan negeri, kenyataan Abdul Khalid itu tidak menepati slogan pentadbirannya yang selama ini dicanangkan kepada rakyat Selangor bahawa kerajaan negeri yang dipimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas merupakan sebuah 'kerajaan berkebajikan'. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment