My Add

Monday 15 October 2012

Suaram pernah cuba gugat kestabilan Indonesia

KUALA LUMPUR, AHAD, 14 Oktober, 2012: Kerajaan Indonesia pernah meminta kerajaan negara ini memantau kegiatan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) kerana pertubuhan tidak berdaftar itu dipercayai cuba menggugat keharmonian negara tersebut pada lewat 90-an.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Kedah, Zamil Ibrahim (gambar) mendedahkan, campur tangan pertubuhan propembangkang berkenaan terhadap isu Timur Timor mengakibatkan Indonesia kehilangan wilayah tersebut dengan wujudnya sebuah negara Timor Leste.

Katanya, Suaram dalam kaitan dengan isu kemerdekaan Timor Leste itu banyak mengaturkan program, bengkel dan mesyuarat serta meminta campur tangan dunia luar terutama dari Barat.

"Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution bersama beberapa Exco Pemuda UMNO pernah menceroboh sebuah hotel di Kuala Lumpur kerana marahkan Suaram sebab menggugat hubungan baik Malaysia dan Indonesia. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment