My Add

Saturday 20 October 2012

Assad dituduh bertanggungjawab bunuh ketua keselamatan Lubnan

BEIRUT, SABTU, 20 Oktober, 2012: Dua pemimpin tertinggi Lubnan yang menentang rejim Syria hari ini menuduh Presiden Bashar al-Assad bertanggungjawab dalam pembunuhan ketua keselamatan tertinggi Lubnan dalam satu serangan bom kerata, di Beirut semalam.

“Kami menuduh Bashar al-Assad memainkan peranan dalam pembunuhan Jeneral Wissam al-Hassan,” kata bekas Perdana Menteri yang juga ketua pembangkang, Saad Hariri. 

Pemimpin Parti Druze, Walid Jumblatt, yang sudah lama menentang rejim Assad berkata: “Saya secara terbuka menuduh Bashar al-Assad dan tentera rejimnnya membunuh Wissam al-Hassan dan tujuh lagi dalam serangan bom kereta itu."

“Rejim Syria ini adalah pakar dalam membuat rancangan pembunuhan politik," kata Jumblatt.

Pasukan Perisikan Keselamatan Dalam Negeri Lubnan yang diketuai Jeneral Wissam memainkan peranan utama dalam penahanan bekas menteri Lubnan, Michel Samaha yang menyokong rejim Assad pada 9 Ogos lalu.

Penahanan Samaha berhubung siasatan satu letupan bom di utara Lubnan.

"Assad membalas dendam kerana dia tidak mampu mempergunakan lagi Samaha," dakwa Jumblatt. - AFP

No comments:

Post a Comment