My Add

Saturday 20 October 2012


Pasaran getah dijangka mengalami aliran menurun minggu depan


KUALA LUMPUR, SABTU, 20 Oktober, 2012: Pasaran getah Malaysia dijangka mengalami aliran menurun minggu depan seiring dengan sentimen serantau dalam ketidaktentuan ekonomi global, kata peniaga.

Seorang peniaga berkata pasaran tempatan juga diunjur terus lengang setelah pembeli menunggu petunjuk baru. 

"Tambahan kepada kelembapan pertumbuhan ekonomi global dan krisis hutang di Kesatuan Eropah, pembelian getah yang berkurangan oleh China lebih membimbangkan pasaran getah," katanya.

Beliau berkata pertumbuhan ekonomi yang perlahan memberi kesan kepada permintaan untuk kenderaan dan ia mempengaruhi permintaan bagi tayar serta komponen getah bagi kereta.

Sementara itu, menurut nota Hong Leong Investment Bank Research, harga lateks (getah asli dan sintetik) berkemungkian terhad dengan kelembapan industri kereta dunia.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 susut 31.5 sen kepada 890.5 sen sekilogram, manakala lateks pukal berkurangan 20 sen kepada 620 sen sekilogram.

Harga penutup penjual tidak rasmi bagi gred tayar SMR 20 turun 43.5 sen kepada 872 sen sekilogram dan lateks pukal turun 22 sen kepada 615.5 sen sekilogram. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment