My Add

Wednesday 17 October 2012

Audit: TNC Unisel elak dikaitkan

Oleh MOHD. AINUDDIN ALIFF SALEHUDEN
SHAH ALAM, SELASA, 16 Oktober, 2012: "Laporan audit yang dikeluarkan itu melibatkan era pentadbiran sebelum ini dan bukannya ketika pentadbiran saya."

Demikian alasan Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Prof. Dr. Anuar Ahmad ketika ditanya mengenai Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang mendapati Pendidikan Industri YS Sdn. Bhd. (PIYSB) iaitu syarikat pengendali universiti berkenaan mencatat kerugian sebanyak RM37.63 juta pada 2010.

Bagaimanapun, Anuar berkata, laporan itu seharusnya tidak boleh dijadikan ukuran untuk menilai prestasi kewangan semasa Unisel.

"Audit itu dibuat pada 2010 sedangkan prestasi kewangan Unisel menjadi semakin baik sejak 2011, malah, ia menjadi semakin baik hari ini.

"Keadaan itu berikutan pihak kami telah melakukan beberapa perubahan dalam sistem urus tadbir yang dilihat tidak berkesan sebelum ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment