My Add

Wednesday 17 October 2012

50,000 kunjungi Ekspo Pertanian, Pesta Konvokesyen UPM

KUALA LUMPUR, SELASA, 16 Oktober, 2012: Seramai 50,000 orang mengunjungi Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) yang diadakan selama lima hari dan berakhir hari ini.

Ekspo anjuran Taman Pertanian universiti sejak 12 Oktober itu dijayakan dengan kerjasama Kesatuan Kakitangan Am dan Kumpulan Utusan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar telah merasmikan ekspo itu dan melancarkan OryGOLD dan OryGOLD Drink, produk kesihatan berasaskan beras perang.

Komponen utama ekspo itu adalah pameran inovasi yang disertai fakulti dan institut di UPM. Mereka juga menonjolkan aktiviti dan maklumat terkini tentang penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment