My Add

Friday 12 October 2012

Azeez: Misi KP1M ke Syria masih dalam perancangan

SEPANG, JUMAAT, 12 Oktober, 2012: Keputusan mengenai misi bantuan kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) ke Syria akan diumum dalam masa terdekat kerana perkara itu masih dalam perbincangan.

Presiden KP1M Datuk Abdul Azeez Rahim berkata pasukan peninjau untuk misi itu telah berada di sana dan memberi laporan mengenai keadaan di Syria setiap hari.

"Kalau ikutkan perancangan kita akan berlepas 15 hingga 31 Okt nanti tapi ia masih dalam perancangan," katanya kepada pemberita selepas tiba dari misi bantuan kemanusiaan ke Myanmar di Terminal Penerbangan Tambang Murah di sini malam tadi.

Abdul Azeez berkata menurut perancangan, misi tersebut akan ke Kem Al-Zaatari di daerah Mafraq, Jordan yang menempatkan lebih 57,000 pelarian Syria pada waktu ini.- BRNAMA

No comments:

Post a Comment