My Add

Tuesday 9 October 2012

Bakar van: RM285,000 wang tunai terselamat

Oleh AZIAN AZIZ
SHAH ALAM, ISNIN, 08 Oktober, 2012: Polis hari ini mengesahkan wang tunai yang terselamat dan masih boleh digunakan dalam van yang dibakar sekumpulan perompak di Jalan Tiong off Taman Eng Ann, Klang dekat sini pada 3 Oktober lalu, berjumlah RM285,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah (gambar) berkata, jumlah wang tunai yang rosak akibat kebakaran itu masih belum diketahui.

"Wang kertas yang rosak dalam kebakaran itu tidak dapat dikira jumlahnya kerana telah melekat dan kita hantar ke Jabatan Kimia untuk tindakan lanjut," katanya dalam sidang akhbar di Pusat Media Polis Selangor di sini hari ini.

Mengenai perkembangan siasatan kes tersebut, Mohd. Adnan berkata, sehingga kini pihaknya masih belum mendapat petunjuk yang dapat membantu siasatan - UTUSAN

No comments:

Post a Comment