My Add

Tuesday 16 October 2012

Bangsamoro: Peranan Malaysia masih diperlukan, kata Najib

MANILA, SELASA, 16 Oktober, 2012: Peranan Malaysia masih diperlukan dalam beberapa aspek dari segi penentuan masa depan dan perjalanan Perjanjian Rangka Kerja Mengenai Bangsamoro yang ditandatangani di sini semalam, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Perdana Menteri, ada beberapa aspek yang perlu diberi perhatian dan apa juga persefahaman dalam rangka kerja itu antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) yang hendak diterjemahkan nanti memerlukan pemantauan rapi.

Katanya perjanjian kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) dulu gagal kerana tiada pasukan pemantau dari segi pelaksanaan perjanjian yang dibuat antara kedua-dua pihak.

"Jadi pada kali ini dengan adanya perjanjian dengan MILF, amat penting ada pihak ketiga untuk memantau perjanjian ini yang diyakini kedua-dua pihak.

Nampaknya kedua-dua pihak begitu yakin dengan Malaysia dan peranan kita.

"Jadi kita perlu teruskan peranan ini dan bentuknya...butirannya kita akan adakan perbincangan berterusan dengan kedua-dua pihak dan kita akan cuba tentukan satu struktur dan kaedah yang sesuai untuk kita lanjutkan peranan kita sehingga satu bentuk kerajaan baru itu menjadi kenyataan," katanya kepada wartawan Malaysia di sini, malam tadi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment