My Add

Tuesday 16 October 2012

Kepimpinan Malaysia terserlah di rantau ini, kata Najib

MANILA, SELASA, 16 Oktober, 2012: Kepimpinan Malaysia terserlah di rantau ini kerana negara dapat menyumbang kepada keamanan dan kesejahteraan terutama bagi Bangsamoro dan kawasan selatan Filipina, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata, Perjanjian Rangka Kerja Mengenai Bangsamoro yang ditandatangani antara Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) semalam, susulan peranan fasilitator Malaysia sejak 2001 yang berjaya membuka lembaran baru bagi masa depan Bangsamoro di selatan Filipina, yang turut memberi kesan lebih positif dalam konteks hubungan dua hala Kuala Lumpur-Manila.

Namun Najib berkata, bukanlah perkara mudah untuk sesebuah negara itu menjadi pemudah cara dalam konflik sebegini panjang dan Malaysia berjaya dalam hal ini sehingga mendapat pujian dan penghargaan tinggi dari Presiden Benigno Aquino III dan kerajaan Filipina.

"Kalau dua orang bergaduh biasanya tak boleh duduk semeja, jika ada dua pihak terbabit dalam konflik, mereka tidak boleh duduk keliling meja untuk mula bercakap dan berunding...melainkan ada pihak ketiga untuk memudahkan perkara itu. Pihak ketiga ini bukan sebarangan, tidak boleh sebarangan orang dan mesti berwibawa.

"Menggunakan istilah Aquino (Presiden Benigno Aquino III), kita berjaya menjadi "honest broker" (broker yang jujur) antara kerajaan Filipina dan MILF sehingga kerangka perjanjian yang ditandatangani di Malacanang jadi realiti," katanya berucap di Majlis Mesra Bersama Rakyat Malaysia, di sini, malam tadi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment