My Add

Monday 15 October 2012

Barang kemas bernilai RM100,000 dilarikan

KUANTAN, AHAD, 14 Oktober, 2012: Empat lelaki bertopeng dan bersenjatakan pistol melarikan barang kemas bernilai RM100,000 dari sebuah kedai emas di Merapoh, Kuala Lipis, semalam.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, kumpulan terbabit dipercayai melepaskan dua das tembakan untuk memecah cermin kaca tempat pameran barang kemas sebelum seorang lagi suspek menghentak cermin itu dengan sebilah kapak.

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Superitendan Abdul Razak Hassan berkata, keempat-empat suspek ke kedai berkenaan empat jam sebelum itu dengan berpura-pura menjadi pelanggan.

"Selepas merompak, mereka melarikan diri dengan sebuah Proton Waja yang diletakkantidak jauh dari premis itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, pihak polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian itu di samping meminta orang ramai tampil memberi maklumat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Lipis.

Kes diklasifikasi sebagai samun bersenjata. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment