My Add

Saturday 6 October 2012

Bas mewah: MB Selangor didesak agar tidak cuba sembunyi fakta

SHAH ALAM, JUMAAT, 05 Oktober, 2012: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didesak supaya tidak cuba menyembunyikan fakta berhubung pembelian dan pemilikan bas mewah dua tingkat untuk kegunaan kempen Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Desakan itu dikemukakan Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), antara lain turut meminta Abdul Khalid mendedahkan punca kewangan sebenar bagi pembelian bas yang sebelum ini dianggarkan berharga RM900,000.

Pengerusinya, Hamidzun Khairuddin berkata, sikap berdiam diri tentang isu tersebut seolah-olah ada sesuatu tidak kena dalam proses pembelian bas berkenaan yang menurut Abdul Khalid dibuat menerusi sewa beli selama enam bulan tanpa menggunakan wang kerajaan negeri.

"Namun sehingga hari ini, Abdul Khalid tidak mendedahkan secara terperinci bagaimana pembelian bas mewah itu dibuat, termasuk sumber kewangan untuk membeli kenderaan yang didaftarkan di bawah namanya dengan nombor pendaftaran BLU 8779. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment