My Add

Saturday 6 October 2012

Pembangkang didakwa atur strategi cuba buruk-burukkan polis

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 05 Oktober, 2012: Pemimpin tertinggi sebuah parti pembangkang didakwa mengarahkan setiap wakil bahagian untuk mengadakan sekurang-kurangnya dua kali sidang akhbar dalam masa sebulan bagi memaklumkan bahawa kawasan berkenaan tidak selamat.

Bekas Pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong ketika mendedahkan perkara itu berkata, arahan itu dikeluarkan oleh pemimpin berkenaan dalam satu mesyuarat parti itu kira-kira dua bulan lalu bertujuan memburuk-burukkan imej polis.

“Ini yang saya hendak dedahkan. Saya sangat terkejut apabila ada ketua bahagian parti tersebut memaklumkan kepada saya bahawa pemimpin tertinggi parti berkenaan mengarahkan setiap ketua bahagian mengadakan sidang akhbar dua kali sebulan hanya untuk menceritakan kepada media bahawa kawasan tersebut tidak selamat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment