My Add

Wednesday 10 October 2012

Bayi 30 hari maut dihempap abang tidur

ALOR SETAR, 09 Oktober, 2012: Seorang bayi lelaki berusia 30 hari maut selepas dipercayai dihempap secara tidak sengaja abangnya, 5, ketika nyenyak tidur di rumah mereka di sini, awal pagi semalam.

Kejadian dipercayai hanya disedari ibu mangsa antara jam 5 hingga 6 pagi semalam, selepas mendapati tubuh bayi itu kaku. 

Abang mangsa yang tidur di atas katil dikatakan terjatuh dan menghempap adiknya yang tidur di bawah bersebelahan katil.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan, ketika dihubungi mengesahkan kejadian tetapi enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan. - BH

No comments:

Post a Comment