My Add

Monday 8 October 2012

Bayi retak tulang paha disyaki didera



*MOHD. Izham Saripudin (kanan) dan Nurul Ainie Mohamad menunjukkan paha anak mereka, Muhammad Ammar yang retak tulang dipercayai didera di pusat asuhan kanak-kanak ketika ditemui di Presint 14, Putrajaya, semalam. - utusan/AHMAD ZAKKI JILAN

Oleh AZRAI MOHAMMAD
PUTRAJAYA, AHAD, 07 Oktober, 2012: Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan, retak tulang paha kanannya disyaki didera pengasuh di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Bandar Baru Bangi dekat sini.

Ibu mangsa, Nurul Ainie Mohamad, 27, hanya menyedari insiden menimpa bayinya itu, Isnin lalu selepas Muhammad Ammar Mohd. Izham tidak boleh menggerakkan kaki kanannya serta kerap menangis kesakitan setelah dibawa pulang dari taska itu.

"Bimbang dengan keadaannya yang berterusan mengerang kesakitan, saya membawa Muhammad Ammar ke sebuah klinik swasta untuk pemeriksaan.," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment