My Add

Wednesday 17 October 2012

Bertindak segera ke atas Cynthia

KUALA LUMPUR, SELASA, 16 Oktob er, 2012: Enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis bagi mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel yang ingin membawa masuk dua peguam asing bagi memberi taklimat kepada ahli Parlimen mengenai isu pembelian kapal selam Scorpene.

Enam NGO terbabit ialah Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM), Jaringan Melayu Muda Malaysia (JMM), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Lembaga Kesedaran Pencegah Jenayah serta Lembaga Perlindungan dan Kebajikan Pengguna.

Presiden KWMM, Dzulkarnain Taib berkata, perbuatan membawa orang asing mencampuri urusan dalaman negara bakal mengancam keselamatan negara.

“Suaram menunjukkan sikap angkuh kerana terus berusaha membawa dua peguam Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham mencampuri urusan dalaman negara walaupun laporan polis sudah dibuat terhadap tiga pemimpin pembangkang berhubung perkara yang sama pada 5 Oktober lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment