My Add

Wednesday 17 October 2012

'Tiada yang layak sebagai Mursyidul Am Pas'

KUALA LUMPUR, SELASA, 16 Oktober, 2012: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah menyatakan dalam satu majlis bahawa tiada siapa dalam Pas yang layak menggantikan beliau untuk memegang jawatan Mursyidul Am.

Sumber dalaman Pas berkata, walaupun Nik Abdul Aziz yakin bahawa terdapat beberapa calon yang layak menggantikannya bagi menjawat jawatan Menteri Besar, namun beliau melihat sebaliknya bagi jawatan Mursyidul Am.

Menurut sumber itu, Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika berucap di hadapan barisan pimpinan Pas Kelantan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) dan sebelum beliau berlepas ke Mekah untuk menunaikan umrah di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik).

"Dalam ucapan dalam satu majlis di Putik di hadapan pimpinan Pas Kelantan selepas PRU-12 dan sebelum beliau menunaikan umrah, Nik Abdul Aziz berkata, beliau melihat tidak ada siapa dalam Pas yang layak untuk menggantikan beliau sebagai Mursyidul Am Pas," kata sumber tersebut ketika dihubungi, di sini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment