My Add

Saturday 20 October 2012

CIDB diminta campur tangan selesai kelemahan projek RKAT

BAGAN DATOH, SABTU,,20 Oktober, 2012: Kementerian Pertahanan telah menyatakan tidak puas hati terhadap pelaksanaan kerja kontraktor kepada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dalam projek pembinaan Rumah Keluarga Anggota Tentera (RKAT).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kementerian juga telah meminta CIDB campur tangan dalam menyelesaikan masalah berkenaan.

"Perlu diketahui pihak Kementerian Pertahanan sendiri tidak bersekongkol dengan pihak kontraktor berkenaan, malah kita telah mengemukakan tidak puas kita kepada pihak CIDB," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan 35 ekor lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha bagi Parlimen Bagan Datoh di sini hari ini.

Beliau mengulas Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang mendapati secara keseluruhannya prestasi pembinaan projek RKAT yang dibina dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) kurang memuaskan kerana terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan yang boleh menjejaskan objektif pembinaannya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment